Kementerian Pertahanan berhasrat mewujudkan kawasan tanaman di setiap kem angkatan tentera di seluruh negara bagi menjamin sekuriti makanan terutama untuk keperluan anggota.<br /><br />Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pada peringkat permulaan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas di Negeri Sembilan telah pun dijadikan projek rintis bagi tujuan berkenaan.
